TAKAFUL BUKAN HIBAH

TAKAFUL BUKAN HIBAH

Dear Members, Ladies and Gentlemen,

You are cordially invited to attend the TAKAFUL BUKAN HIBAH organised by TSI Wealth Planners to be held as follows :-

Date : 18th March2023
Time : 9.00am – 1.00pm
Venue : Online Zoom

CPD : MFPC 4 CPD

Fee : RM59 per participants

Conducted in Malay

Register via Online Registration : Click here to register

Tentang Program:

Program ini akan merangkumi topik-topik berikut:

  • Apakah definisi sebenar HIBAH?
  • Perbezaan Implikasi Manfaat Takaful dan Pampasan Insurans dalam Pewarisan Pusaka
  • Perbezaan Takaful dan Insurans dari sudut Pewarisan mengikut Undang-undang
  • Pembayaran manfaat Takaful apabila berlaku kematian
  • Takaful dalam Perancangan Pewarisan


Topik ini akan disampaikan oleh MFPC Subject Matter Expert (SME) & CEO TSI Wealth Planners, Puan Irda Rina binti Kamarulbahrain.

Siapa patut hadir program ini:

  • Financial Planner Representative (FPR)
  • Financial Adviser Representative (FAR)
  • Unit Trust Consultants
  • Takaful/ Insurance Consultant
  • Marketing Representative (MR)
  • Remisier/ Dealer Representative
  • Estate Planner
  • Sesiapa yang ingin mendalami ilmu berkenaan hibah dan pewarisan Islam

Objektif Program:

Di hujung sesi ini, para peserta akan dilengkapkan dengan pemahaman yang mendalam mengenai kaedah perancangan pewarisan yang menyeluruh dan memahami keperluan instrumen takaful di dalam proses tersebut.

Latar Belakang Pembentang

Puan Irda Rina merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Wakil Penasihat Kewangan Islam atau ‘Islamic Financial Adviser Representative (IFAR)’ di bawah TSI Wealth Planners Sdn Bhd, syarikat Penasihat Kewangan Islam (Islamic Financial Adviser (IFA)) ke-3 yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Beliau juga mempunyai 16 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka dalam negara.

Selain dari sijil dan kelayakan dalam perancangan kewangan, beliau juga telah memperolehi pengiktirafan ‘Highest Achiever Award’ dalam pensijilan Islamic Legacy Management Certification (ILM) yang dikeluarkan oleh IBFIM dengan kerjasama MyAngkasa Amanah Berhad.

Berbekalkan ilmu, pengalaman dan personaliti yang ada, beliau pernah beberapa kali dijemput sebagai panel jemputan di radio NasionalFM dan telah beberapa kali muncul dalam program TV seperti ‘Bakul telur Emas’, ‘Ringgit dan Anda’ dan yang terkini, ‘Cetusan Emas’.

Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar dan sering menjadi sumber rujukan, terutamanya dalam urusan berkaitan pengurusan harta pusaka dan pewarisan.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan ke admin@tsiwealth.com

Date
March 18, 2023 - 
March 18, 2023
Time
09:00 AM - 
01:00 PM
Registration End Date
Location
Online Event
Price
Fee : RM59 per participants
Organizer
Share with Friends
Scroll to Top